Anakkhas Blogspot VVIP

Tuesday, December 20, 2011

maxis teruk penipu gila....

bulan lepas RM 400 alasan Data aku guna lebih had?????? mana ada internet????

bulan nie alasan aku buka internet lagi aku jugak salah aku tak boleh lawan tak boleh kata dia silap dan kalau dia silap apa bukti aku nak jawap apa ? rm300 duit penggunaan data

gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..............

Saturday, December 3, 2011

Saturday, November 19, 2011

Selamat Bercuti Rakan Guru ? Anakmuridku masanya cikgu muhasabah diri...


Selamat bercuti kepada semua murid sekolahku dan sekaliannya. Jaga keselamatan anda ketika meneroka pengalaman hidup dalam dunia yang luas. Kepada rakan guru nak ucapkan selamat bercuti pun tak adillah kerana masih ramai yang bertugas. Sekolah yang cuti guru masih berkerja cuma mengikut masa sendiri dan lebih bebas menyiapkan tugas. Ada yang sedang menyiapkan takwim perancangan tahun 2012,ada yang masih terkial-kial menyiapkan tugasan tahun 2011 yang masih lagi berlambak atas meja guru (macam aku yang  pemalas),ada yang sibuk mengemas untuk berpindan ke sekolah baru,ada juga dalam waktu sekolah masih membantu murid-murid yang bakal ambil peperiksaan, Ada yang sibuk membuat persiapan bilik untuk murid baru yang akan belajar berdikari di  asrama, ada rakan guru dalam pentadbiran yang tak cuti dan macam-macam tugas guru yang umum tidak tahu tapi anda tahu kerana anda adalah guru itu.

Nak dikatakan tak bercuti langsung tipu la pulak kan? ada la masa untuk diri dan keluarga, mungkin pulang ke kampung,mungkin bercuti bersama keluarga, tak mustahil mungkin ada juga yang ambil kesempatan menambah pendapatan keluarga. Macam-macam boleh buat.... Masa bujang sempatlah saya merasa beberapa pekerjaan lain selain guru,seperti menjadi pembantu stor 7e,McD,pembantu kedai runcit,menjaja kecil2 jual buku terpakai,jual kerongsang,jual mop,jual macam2 sebab berniaga menerapkan keyakinan dalam pergaulan jika berminatlah. Masa berkeluarga segalanya pasti berubah,Masa pasti ditumpukan pada anak-anak dan rumahtangga...

Sebenarnya aku rindu sangat dengan kehidupan bujang he..he nak balik kampung tidur 2 bulan pun boleh,tambahan waktu mula berkerja dulu tanggungjawab pada sekolah pun berbeza. Sekarang tanggungjawab banyak dan tugas guru pun sebenarnya dah banyak berubah sejak 7 tahun akau masuk ke dunia guru ini. Biar aku cuba bahagikan kepada beberapa fasadari 7 tahun dengan 3 tahun setiap satu fasa. 3 tahun pertama (2005,2006,2007) dianggap sebagai guru baru jadi segala tugasan berbentuk pembantu atau menolong guru otai, jadi itulah masa belajar menjadi guru yang sebenar inilah keseronokan sebenar kerana aku sedang memerhati dan belajar (dimaktab pasti teori dan pandangan pada sekolah berbeza) . Tiga tahun berikutnya (fasa dua ,2008,2009,2010,) adalah tahun menjana idea  he..he sebab aku dah mula dilantik menjadi ketua itu dan ketua ini, seronok beb sebab dulu orang buat kita ikut (apa lagi guru lama takbuat ini, tak buat itu, tak keretif cewahhh mulutttt... apa kata kita cuba buat..) kini kita pulak buat orang cuba ikut. Macam-macam nak buat tak fikir langsung tentang kemampuan he,,he kena getah...(cikgu berpengalaman hanya memerhati dan akan melaksanakan apa tugasan yang kita beri, mereka akan menasihat apa yang patut dan biar kita meneroka hakikat berkerja) akhirnya 3 tahun ini baru ku mengerti kenapa guru otai tak buat rupanya begini oooo rupanya begitu sebabnya... bukan mereka malas atau tak kreatif tapi diluar kemampuan individu bernama manusia.....(%$#%$#@#@$#!#@!)    fasa 3 baru kita sedar tentang kemampuan diri dan apa pekara yang belum cukup pada diri bila kita tempuhi kejayaan dan kegagalan dalam kerjaya guru ini. (bahasa lembutnya baru sedar diri kau laober)






Kini aku dalam tempoh fasa tiga (2011,2012,2013) dan akan melangkah  dalam tahun ke dua (2012). Tahun lalu aku agak terlalu pasif takde apa yang aku buat dalam tahun pertama fasa ketiga, sepatutnya aku bagainana????? takkan bila tahun dah berlalu bergini baru aku sedar banyak benda yang aku kesali!... aku nilai kembali kejayaan dan kegagalan fasa kedua tiga tahun banyak pekara yang aku buat tidak dirancang dengan teliti dan tidak mengikut kemampun diri, nakbuat yang mega2 sedangkan yang mini lebih baik dan berkesan, semua pekara nak buat sanpai tugas hakiki seorang guru (contoh utama *RM bukan duit.... cikgu je tahu benda nie he,,he) ntah ke mana pergi . Adakah fasa ketiga adalah tahun menyesali atau tahun refleksi??? Harap aku boleh menjadikannya tahun refleksi diri sesalan jangan berlebih dan betul2 menilai kemampuan untuk melangkah lebih jaya sebagai guru berpengalaman insyaAllah. Pujuk hati jangan terlalu meratap kegagalan yang telah berlalu pergi agar semangatku kembali.......


Megapa agak suram?? cuba lihat pos blog ku ini semuanya dalam 3 tahun fasa dua (08,09,10) semasa semangat berkobar2   bila masuk fasa 3 (11,12,13) apa jadi? semuanya terabai dan kacau bilau... tahun nie berapa pos yang aku buat untuk dibaggakan? jawapanya sampah......   , prestasi di sekolah? kesihatan? keceriaan? kenapa ??? banyak faktor kesuraman menyelubungi semoga ia cepat pergi aku tak mahu jadi guru seperti itu lagi.... faktor utama... sakit yang panjang dalam diri ^%^$&$@#!^&^$&%#&#&%$@!#@!#@ ( sakit beb dugaan Allah kifarah dosa silamku yang tak terhitung) hingga ku hilang jati diri ntah ke mana berlalu pergi ... atau mungkin faktor keluarga atau peribadi seperti ( $%^#@$@!#!#@! ) aku taknak ia berulang lagi. atau faktor kejutan dalam hidup bila fasa ke tiga baru aku sedar yang aku kini bapa kepada 3 anak (tahun depan 4 orang ooo he..he) dalam usia 25-29 tahun ada 4 manusia yang lekat dijiwa aku... kalu dulu contohnya demam hanya aku sendiri kini terpaksa mengharunginya 4 kali... he,,,he demam berganti tidur malam berganti2.... Duit?????? Gaji guru diploma alamak pekara yang tak aku jangka begini. (anak 3 beb yang senasib pasti memahami semua dekat2 rezeki kurniaanIlahi) Sebenarnya aku jadi takut dan risau tak tentu arah (tak patut pun sebenarnya)... fasa ini lah aku mula fikir membeli rumah (Alhamdulilah sempurna tidak mewah tapi cukup) dan keperluan2 lain kalau dulu pergi dan balik sekolah hati senang fikir kerja sahaja duit bukan masalah walau sedikit ku dapat (masa fasa 1,bujang). Tapi bila  fasa 2 berlalu rupanya Rezeki itu Tuhan akan beri jangan tertekan tenang je berusaha dan tawakal ... aku berjaya setahun lagi bersama keluarga,  dengan si isteri yang cukup sempurna perwatakanya kontra dengan ku yang sogol ini... dalam keluarga fasa tiga aku berjaya harungi. Cuma kerjaya guru pula bermula lain sekali aku terlalu sibuk dengan masalah diri (duit cukup ke untuk 3 anak ini, jadi bingung walaupun belum aku tempuhi) segalanya aku biar je berlalu sendiri aku memencil diri seperti kegagalan dalam fasa 2 kerjaya. Fasa 2 aku terlalu ghairah bermula hingga lupa aras kekuatan kelemahan diri akhirnya bila sedar aku jadi rendah diri rebah sendiri, kerana banyak kegagalan dari kejayaan yang aku harapkan , kejayaan yang hendak dibaggakan untuk membakar semangat tidak kekal hanya datang dan pergi . Kegagalan yang masih menghantui....


iklan




Bersambung... 

Renung kembali apa yang harus aku lakukan dalam tahun kedua fasa ke tiga akan datang  ini??... aku patut telah banyak pengajaran yang boleh membantu aku melonjak naik kembali. Harapan agar dapat ku ataur langkah kembali , aku tidak mengharapkan gilang-gemilang aku cuma harapkan aku kembali dalam ketekunan  dalam kerjaya seorang guru yang sepatutnya suci dan iklas .Mungkin fasa ketiga ini aku patut tebus kembali kegagalan, aku patut mencuba lagi apa yang telah menghalang kejayaan aku sebelum ini dengan mengambil kira punca kejatuhan lalu rancang lagi dengan lebih teliti ... semoga ada ruang kejayaan yang boleh melonjakkan aku dengan lebih yakin ke fasa seterusnya. Dalam keluarga kini aku semakin yakin sebagai ketua , semakin bijak meneliti perbelanjaan ,keperluan dan sinpanan kecemasan seta pengurusan hutang. (ada ke orang tak berhutang??) Arina , Adziq, Ayad dan Mawar Murni isteri ku tercinta dunia akhirat insyaAllah.. Abah harap kita terus mampu untuk berdiri, melangkah,dengan bahagia bersama-sama... Dalam kerjaya akan aku cekalkan diri untuk kembali di landasan kerana aku sendiri yang merasa ada kegagalan dalam diri aku kerana aku patut lebih baik dari apa yang aku telah lalui ntah mengapa.... Sesuatu yang aku tidak sebutkan dalam fasa3 ini juga aku melanjutkan pelajaran secara PJJ di UPSI bersama isteri (kini dalam semester 2) cabaran walaupun jarak jauh kerana kini dah tambah satu lagi rutin..... semoga kami mampu menempuhi segalanya... subjek yang aku terima juga cukup hebat daulatnya (pendidikan khas) walaupun memang ini yang aku idamkan...(tapi apa yang kita idamkan  tak seindah mimpi)


Coretan ini hanya sedikit tentang diriku dari pandangan  aku... coretan aku tidak menghina atau menidakkan mana-mana pihak (jika ada yang terasa) aku  sekadar bermuhasabah dengan diri, perasaan, jiwa , akal yang rasional , dan kenyataan yang harus aku akui. Agar aku menjadi semakin kuat dalam mengharungi kehidupan di dunia sementara ini. Kegagalan yang aku maksutkan bukan kegagalan dalam program PPKI tetapi tetapan sasaran yang aku sediri labelkan sebagai gagal, kerana ketidak puasan hasil aku curahkan dalam kerjaya kerana aku lewa..... jika anda membaca terima kasih jadikan sempadan yang buruk itu, jika ada kebaikan kutip buat panduan agar anda tidak gagal seperti aku. Anda seharusnya menjalankan tanggungjawab memberi komen agar aku lebih nampak diri aku yang sebenar itu. Aku nilai aku mana mungkin tepat.     Aku boleh juga tulis di sini aku bagus bangga dengan diriku dan aku cukup berjaya, segalanya aku sempurna he,,he tapi sebenarnya aku happppprakkkkk.
Terima kasih keluarga kecilku (pastinya dirimu isteriku dan anak2), terima kasih keluarga indukku ,terima kasih rakan-rakan hidupku, rakan sekerjaku PPKI terutamanya andalah hidupku juka tiada anda semua matilah hidupku..... Jika ada pembaca he..he dah lama tak buat pos ada pembaca ke? dah tu pos yang bosan tak sensasi, takpa la takdapun ucap juga terima kasih kerana sudi membaca buat lah sedikit komen nasihat, anda nilai anda hasinatilah diriku yang dahagakan nasihat dari pengalaman anda yang berpengalaman.......


Terima kasih....dari........ Anakkhas........untuk...kesuraman 2011....

Thursday, November 3, 2011

Saturday, October 22, 2011

Nak beli Note Book baru apa pilihan terbaik? dah 4 kali beli masih belum jumpa yang serasi...

Perbezaan Intel Core i3, i5 dan i7
Banyak perbezaan di antara ketiga-tiga processor keluaran Intel ini. Perbezaannya banyak merujuk kepada penambah baikkan dari processor yang lepas seperti penambahan dalam penggunaan teknologi pada sesebuah processor itu sendiri. Intel Core i3 ini lebih ditujukan penggunaannya pada komputer ‘entry level’, Intel Core i5 untuk ‘mid level’ dan Intel Core i7 untuk ‘high level

Intel Core i3
Intel Core i3 merupakan pengganti kepada Intel Core 2 duo. Ia mempunyai 2 core. ‘Arrandale ‘ adalah code bagi Core i3 ini. Kelebihan bagi i3 ini ia mempunyai dua prosessor yang berjalan secara serentak. Ia dinamakan 32nm dual core dimana processor berjalan secara serentak dalam satu pakej pada frekuensi yang sama. Sama seperti i5 dan i7, i3 juga mempunyai teknologi intel hyper-threading yang membolehkan perlaksanaan 4 tugas dalam 1 masa dan dibahagikan kepada 2 processor. 1 processor akan melakukan 2 tugas pada 1 masa serentak. Terdapat Intel HD graphic bagi menghasilkan gambar yang lebih tajam, warna yang banyak dan video yang real serta audio . i3 mempunyai Processor memory cache 4 mb cache sahaja.

Intel Core i5
‘Lynnfield’ adalah codename untuk Core i5. Processor Core i5 ini lebih baik daripada i3. Didatangkan dengan teknologi turbo boost. Processor i5 mempunyai 2 atau 4 core mengikut modelnya.. Ia juga mempunyai teknologi intel hyper-threading sama seperti i3 dan i7. Di datangkan dengan Intel HD graphic yang memberikan prestasi visual yang menggagumkan untuk gambar lebih tajam, warna yang sekata. Anda tidak perlu menggunakan tambahan video kad kerana semua tertanam dalam i5. Dengan kecanggihan yang ada pada i5, i5 mampu bergerak lebih pantas dalam melakukan kerja, seperti bermain game dan mengedit foto. Processor i5 mampu melakukan kerja dengan serentak. Jika Core i7 menggunakan Triple Channel DDR 3, maka di Core i5 hanya menggunakan Dual Channel DDR 3. Processor memory cache pula lebih banyak daripada i3 iaitu 2 kali ganda dimana i5 mempunyai 8 mb cache .

Intel Core i7
Core i7 merupakan processor pertama yang menggunakan teknologi “Nehalem”. Codename bagi Core i7 ialah ‘Bloomfield’. Ia mempunyai 2, 4 atau 6 core bergantung kepada modelnya. Kesemua core yang ada dilengkapi dengan teknologi Intel Turbo Boost di mana membenarkan core untuk meningkat kuasa lebih cepat dari frekuensi asal bagi melakukan kerja dengan cepat secara automatik. i7 juga mempunyai teknologi Intel hyper-threading iaitu merupakan teknologi yang membenarkan processor melakukan 8 tugas dengan serentak. Selain itu, i7 dilengkapi dengan Integrated memory Controller yang menyokong 3 saluran memori DDR3 1066 Mhz bagi membolehkan memori bandwidth meningkat sehingga 25.6 GB/sec. 8 MB Intel Smart Cache sudah cukup memberikan prestasi yang lebih tinggi, lebih efisien kepada subsistem cache. Seperti i3 dan i5, i7 juga mempunyai Intel HD Boost meningkatkan pelbagai aplikasi multimedia dari segi grapik dan visual. Gambar lebih cantik sikit dari i3 dan i5.

sumber: http://info2-ict.blogspot.com

Tuesday, October 18, 2011

Tugasan sem 2 macam2 dugaan...

Assalammualaikum

Tugasan semester 2 subjek penaksiran mahukan rakaman makro dan mikro tec. Semasa di maktap dulu semuanya disediakan oleh pensyarah, tetapi kini semuanya sendiri dah ler kelas tak ada langsung. Kamera masalah pertama yang dihadapi. aku ada kamera kecil canon tetapi batrinya walaupun dah tukar baru tetap akan mati selepas 1 minit digunakan jadi aku pinjam kamera sepupu ler nak beli mana nak cekau...

Malam semalam jumpa dia di UITM shah alam tempat dia belajar. Masa singgah makan anak aku 2 orang tidur dalam kereta dengan bangganya aku keluar dan kunci kereta dengan enjin dan kunci di dalamnya dan anak aku tak sedar2 walau dah puas ketuk dan goyang kereta depan kedai makan ramai gila orang malu ya Allah... ha..ha bla..bla...bla setelah ramai yang membantu sampai kemek-kemek kereta ada yang nak pecahkan cermin kereta,ada yang guna pembaris besi semua gagal.. tuhan yang tahu anak aku tak sedar tidur dalam kereta. Allah maha kuasa dtang satu hamba Allah ntah dari mana bersama dawai kecil membantu. 1,2,3,4,5 pap kunci terbuka peh bertepuk orang ramai apa nak kata... Allahamdulilah 2 jam usaha nasi dan oder semua tak makan aku dan isteri dah mati akal... Pengajaran...

Pagi tadi lepas dapat pelepasan kerja aku ke sekolah isteri bantu dia buat rakaman... fomad MOV HD ha..ha konon gambar cantik alaih2 nak masuk cd pun tak muat nak edit lagi a... aku bukan pandai tahu guna move maker ja, fomat tu tak dapat nak dibaca pulak waaaa nak nangis dan sampai sekarang jam 1 pagi akau masih terkial2 mencari jalan.... ada masa aku masukan gambar suasana cemas macam pertunjukan jual ubat jalanan semalam ketika anak aku terkunci dalam kereta atas kebijaksanaan abah kunci kereta... bengongggg.
Blog Widget by LinkWithin
 

blogger templates | Make Money Online