Anakkhas Blogspot VVIP

Monday, December 14, 2009

Salah ke Tindakan Abah? kami ganggu ke Doktor ?

Assalammualaikom..

Dah lama tak menulis di blog nie sebab banyak habiskan masa bersama anak-anak di rumah. Kalau buka pun sekadar memantau komen ataupun membaca email rakan. Sebenarnya sampai sekarang masih Anakkhas salahkan diri sendiri kerana tiada kefahaman tentang pertolongan cemas atau tidak pandai menilai situasi kecederaan. Anakkhas bukan doktor yang perlu tahu semua tentang kecederaan. Rasa menyesal dan rasa tindakan anakkhas lebih memburukan keadaan. Apapun nasi sudah menjadi bubur kata orang.

Ceritanya begini sabtu 12 /12/2009. Kawan anakkhas datang dari Pulau Pinang bersama isteri dan dua rakannya, kehadiran mereka adalah untuk menghadiri seminar perniagaan di Subang, di salah sebuah hotel terkenal di Subang. Oleh kerana sifat ingin tahu Anakkhas telah mengatur pertemuan dengan rakan di sebuah kedai mamak berhampiran pada sebelah malam, untuk bertanyakan tentang perniagaan yang dijalankan. Ketika pertemuan ini Anakkhas bawa bersama isteri dan anak2. Oleh kerana terlalu asyik berbual Anakkhas terlepas pandang aktiviti Arina di sana. Arina nie sangat aktif terutamanya di luar rumah. Panjat kerusi,panjat meja,masuk bawah meja,berlari kesana ke sini dan anakkhas biarkan kononnya tak nak sekat kebebasan anak bermain, biarkan dia belajar dari suasana ,belajar dari bermain.

Ternyata tindakan itu salah!!, salah sangat2 sebab anakkhas tak pantau tindakannya yang boleh mendatangkan kecederaan. Arina jatuh kerusi dalam keadaan terlentang. Anakkhas tenang tengok dia menangis sebab dia memang biasa jatuh begitu, nangis sekejap pastu dah tak ingat sakit. Angkat dan gosok2 sikit kepala. Tengok tangan....darah.... dah mula cemas,angkat Arina dan berlari ke klinik berdekatan untuk rawatan kecemasan.

(baju Arina pada malam kejadian)


sampai di klinik dan di periksa syukurlah dia hanya mengalami kecederaan ringat di belakang kepala. Syukurlah Anakkhas dan keluarga terus pulang kerumah . Menurut doktor jika Arina muntah segeralah bawa ke hospital berdekatan kerana mungkin ada kecederaan dalaman. sampai di rumah pukul 12 malam, dan Arina tertidur dalam perjalanan. Isteri kejutkan anak untuk diberikan ubat , Arina tak nak minum tetapi kami paksa juga sebab takut ada jangkitan pada luka. Oleh kerana dipaksa Arina minum dan muntah serta merta. Isteri dah cemas dan Anakkhas segera membawanya ke hospital Putrajaya. Sampai di sana doktor yang bertugas di wad kecemasan kelihatan tenang seolah2 tiada apa2 yang perlu dirisaukan tapi Anakkhas terus meminta supaya Arina diperiksa lanjut, Risau sangat2 takut doktor silap dan bila sedar semua dah terlambat. Rupanya pemeriksaan lanjut cukup menyiksakan.Cuba tengok video:-




Anakkhas dan isteri pulang pada keesokan paginya setelah Arina sedar dari pengsan. Menyesal sangat2 tapi apa boleh buat Anakkhas bukan doktor dan patut pecaya pada doktor . Satu pengajaran Anakkhas dapat di sini dan Anakkhas nak kongsi supaya tiada lagi kesilapan berlaku pada orang lain. Sebenarnya jika kecederaan itu serius anak bukan muntah sekali jer tapi muntah2 beberapa kali. Anak juga tidak menangis selepas jatuh atau pengsan ketika jatuh. Dan Pendarahan yang banyak dan mata terkebil ke atas . Kasihan Arina terpaksa tangguang kesakitan yang lain pulak ketika pemeriksaan dijalankan. Salahkah Tindakan Anakkhas? Tapi kalaulah Tak dijalankan pemerisaan lanjut dan pekara disebaliknya mungkin lebih menyesal.

( Ubat yang menjadi punca arina muntah)

Rasa bersalah sangat2 bila tengok Arina tidur selepas pemeriksaan... Maafkan abah Arina ,Abah rasa tindakan abah betul... Anakkhas cuba rasa ubat yang Arina minum dan muntah, Ya Allah ubatnya pahit sangat2 kalau sapa pun tak sanggup minum tapi Arina minum sebab takut abah marah... Ubat itulah punca dia muntah. Lagi pengajaran yang Anakkhas dapat, lain kali Anakkhas akan rasa dulu ubat yang doktor bagi supaya tak berulang pekara yang sama..... maaf Arina abah menyesal, abah silap.....

(Arina tidur selepas pulang dari Putrajaya)

Tapi jika kita tengok video di atas semasa doktor mengambil darah .Timbul tanda tanya mengapa doktor tak tunggu himgga Arina tak sedar untuk mengambil darah?. Dan sepanjang proses pemerisaan ,doktor bertugas berbahasa agak kasar dan tidak melihat muka kami ketika bercakap... mukanya masam mungkin kerana marah bila kami minta beliau menjalankan pemeriksaan lanjut... Kami bukan doktor dan mungkin jika dijelaskan dengan baik mungkin kami akan tenang dan menerima keputusannya. Tapi kami tak mendapat penjelasan yang sepatutnya...

Tapi doktor bercakap seolah2 menyindir dan agak sinis, adakah kami pesakit menggangu doktor yang sedang membaca akhabar di internet?. "sikit jer nie tak perlu lah datang" katanya masa mula2 periksa Arina. "tapi dia muntah kenapa doc?" Anakkhas tanya."dia pengsan ker?" tanyanya tak menjawab soalan "tak ,tapi dia muntah" jawab Anakkhas "sikit jer nie" katanya tapi tak menjawab soalan. "yer ke doc? tapi kenapa dia muntah?" Anakkhas tanya lagi "yer lah -yer lah jahit lah" jawabnya sambil berlalu.... tak jawab jugak soalan Anakkhas. Anakkhas tanya lagi.. " kalau tak teruk kenapa dia muntah?" tanya lagi... " yerlah kita x ray" kata doc tak tengok muka Anakkhas. "ambil jarum jahit satu jarum" katanya pada pembantu.. "luka begini perlu jahit ke?" anakkhas tanya sebab doc di klinik kata tak perlu. Dia diam dan buat tak layan pada anakkhas... "Saya ganggu doc Ke?" terkeluar soalan dari mulut anakkhas dan dia tetap tak layan dan terus keluarkan jarum untuk ambil darah Arina sanbil seorang pembantu menyuntik ubat pelali. Kasar dan nampak seperti marah ,seperti yang dilihat di dalam video.... sampai akhir rawatan tapi luka Arina tak di jahit... nampak sangat tindakan dan arahan jahit terkeluar kerana marah dengan soalan Anakkhas... Semoga Allah je membalasnya doktor .tindakan doktor tu mungkin dari emosi dan yang menanggungnya adalah kanak2 yang tak berdosa... jelaskan lah jika kami tak faham kerana kami bukan doktor....


doktor tersebut perempuan dan bertugas di wat kecemasan putrajaya pada malam tersebut.... terima kasih doc...

Wednesday, December 2, 2009

Pengalaman Korban pertama anakku...

assalammualaikom.....

Salam Aidil Adha kepada semua bloger , rakan-rakan dan pelawat.... dah hampir seminggu anakkhas di kampung bersama keluarga tercita, dan selama itulah juga anakkhas tak melawat blog nie sebab tiada sambungan internet di kampung anakkhas. Banyak pengalaman manis selama di kampung tetapi ada satu yang anakkhas teringin berkongsi di sini.

Pengalaman pertama Arina, anak anakkhas menyaksikan ibadah korban dilaksanakan. Arina cukup terkejut melihat lembu dikorbankan saksikan :-


menangis-nangis Arina selepas menyaksikan Ibadah ini dilaksanakan, mujurlah tak mengigau di sebelah malam...... he.he semoga pengalaman ini mampu memberikan impak positif dalam hidup Arina. (semasa rakaman dibuat Arina ada bersama di belakang kamera)

Blog Widget by LinkWithin
 

blogger templates | Make Money Online