Apa khabar pada semua sahabat2 anakkhas , pengunjung ,pembaca, murid, guru dan semuanya... sebenarnya banyak bahan yang anakkhas nak kongsikan di sini tetapi tak kesampaian kerana masa hanya ada 24 jam.... alangkah bagusnya jika ada 36 jam he.he..... website pun masih banyak yang perlu dikemaskini dan diselenggarakan.... semua yang ada di anakkhas.com adalah bahan tahun 2009... himpunan blog pendidikan khas pun bukan yang terkini... mungkin anakkhas akan usahakan untuk masukan rancangan tahunan dalam perkongsian ilmu yang tersedia di situ jika ada masa dan keizinan dari Allah dan boss kecil Pn Suraya... (ok boss?) dan boss besar pasti menyokong (doakan...Pn guru besar sentiasa tabah melayan anakkhas di sekolah beliau)..... ha.ha dah melalut....
ok kita teruskan dengan paparan video p&p PJ yang anakkhas laksanakan di ppki , dah lama mengajar baru terlintas nak dipaparkan di sini. Semoga anakkhas dapat komen yang membina dari pembaca.....
tajuk : lompatan pelbagai variasi.
objektif : Melaksanakan pelbagai variasi lompatan (motor kasar dengan alatan.)
aktiviti : 1. Lompat kardin (nama aktiviti ini anakkhas kurang pasti.)
aktiviti ni penat tapi menyeronokan jika dilaksanakan mengikut tahap yang sesuai dengan murid.. kalau ada cadangan dan teguran silakan jgn biarkan anakkhas terus tersesat dalam P&P ini..................
Sekarang sebenarnya anakkhas ada di PD bercuti dengan keluarga mungkin anakkhas akan terus 3 hari di sini dan 2 hari di melaka...hu.hu... bujet raya dah habis guna he.he..... ntah macam mana terfikir nak on Umobile rupanya ada di pd ingatkan lembah kelang ja..... cukup di situ.
Untuk jimatkan ruang anakkhas masukan sekali aktiviti kedua PJ di PPKI. P&P kali ini anakkhas laksanakan bersama Cikgu Akmal (mirwana). kebetulan masa kami hampir sama jadi kami samakanlah dengan izin penyelaras yang semakin comellll
Tajuk : Imbangan.
Objektif : Melaksanakan aktiviti Imbangan (motor kasar)
Aktiviti : dilaksanakan dengan bimbingan sepenuhnya.... hati2
Yang istimewanya aktiviti ini dilaksanakan di taman awam di sebelah sekolah... ha.ha. mudah kawal murid dengan umpan yang menarik.... murid gembira guru bahagia..... ok anakkhas habis di sini sebab nak susun bahan untuk website... tinggalkan komen anda............




![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/tny_au_en_usoz_2.gif)




2 comments:
salam anakkhas, lompat atas trampoline ada buat x? bagus juga tu, anak2 pun suka...
assalammualaikom....
tq syahida... trampoline ada tapi satu ja setakat nie... memang suka sangat la bab melompat nie....
Post a Comment