Anakkhas Blogspot VVIP

Tuesday, March 23, 2010

Aktiviti penyediaan MicroTubing Fertigasi

Murid kelas ceria langsung tak peduli keadaan sekeliling bila buat aktiviti ini... memang tumpuan 100% . latihan yang bagus kan? (Cucuk anak2ku jangan tak cucuk, janji masuk.)
Cikgu karoline dan ayu bersama muridnya dalam matapelajaran kemahiran manipulatif turut menjalankan aktiviti yang sama.

Cikgu Shima turut membantu. juga dalam subjek KM.


Micro Tubing fertigasi yang siap dipasang. inilah alat yang akan menyalurkan baja dan air pada pokok cili kelak....



Assalammualaikom/salam sejahtera...
Aktiviti memasang nipple pada micro tubing sangat remeh dan memerlukan kemahiran motor halus yang baik ... jadi anakkhas libatkan murid dalam matapelajaran kemahiran hidup dan kemahiran manipulatif . Banyak tu nak buat, lebih kurang 600set. Dengan bantuan guru2 ppki yang lain kami gunakan waktu kh dan km untuk laksanakan aktiviti ini. Memang aktiviti ini sesuai dengan keperluan latihan motor halus murid, jadi secara tak langsung aktiviti ini sangat berguna untuk murid ppki. Aktiviti yang hampir sama faedahnya dengan menyucuk manik dengan benang dan jahitan.....(motor halus dan pengamatan atau tumpuan ) memang murid suka dan kerja pun cepat siap. Setakat ini 300unit telah siap dipasang.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

blogger templates | Make Money Online