Anakkhas Blogspot VVIP

Saturday, March 27, 2010

aku yakin aku boleh buat...

Assalammualaikom..
kenapa anakkhas nak buat projek fertigasi cili disekolah... pasti berkaitan duit.. pendidikan khas bukannya tiada peruntukan dari kerajaan tetapi ianya terhad dan telah dipecahkan mengikut beberapa kepentingan, seperti bahagian untuk bahan bantu mengajar, dipecahkan untuk matapelajaran dan lain2.Duit nie pula kena habiskan mengikut pecahan-pecahanya . lagi satu kalau nak beli kena beli melalui pembekal yang telah ditetapkan jadi dah tentu la mahal tak ingat. Kalau nak buat sesuatu untuk kelas misalnya bilik komputer,bilik terapi,gim dan sebagainya, kos yang diperlukan beribu3.

(Barisan pokok cili yang menggunakan teknik fertigasi, gambar diambil semasa anakkhas pulang dan membantu rakan dikebun cilinya.)
Ramai juga yang hairan kenapa anakkhas nak susahkan diri untuk projek ini? gaji dapat juga kan? kenapa nak habiskan masa sedangkan tiada siapa akan hargai nanti.. Pada anakkhas bukan nak susahkan diri tapi nak senangkan diri la nie, bukan pujian yang kita mahu tapi kepentingan pendidikan anak2 murid, bukan nak tunjuk bagus tapi nak jadi bagus... Bayangkan kelas pendidikan khas yang ada sumber kewangan yang tetap.. macam2 boleh buat..mungkin ada bas,kuda,dan kolam renang..ha cita2 tinggi... anakkhas dah terkena dengan ibu bapa(PIBG) yang ambil kesempatan pada kelas khas. Kita harapkan sumbangan akhirnya dia dah rembat duit tu... sapa nak jawab.. nak kutip derma sekarang bukan mudah sebab semua kena ada kepentingan baru nak derma ma...
( projek fertigasi sesuai untuk murid khas kerana sistemnya yang kemas dan teratur)
sumber kewangan yang tinggi juga diperlukan untuk projek ini tetapi anakkhas fikir kalau kita laburkan duit untuk bilik komputer misalnya pasti habis di situ. kalau kita laburkan untuk projek ini pasti kita akan dapat pulangan modal dan keuntungan. PIBG he.he nak bantu ke ? jangan harap.. semua yang ada dalam PIBG anaknya bijak dan sihat mana nak dibantunya kelas khas...dia lupa budak khas nie pun bayar yuran PIBG ma.. Anakkhas mintak bantuan bina pondok pnp pun nak berkira so gi #@$%^%la PIBG sekolah aku nie..(maaf kasar sikit) PIBG sekolah aku nie maaf cakap buat habis %$^^ ja layan ...
(rakanku yang usahakan projek fertigasi pandapatan RM8k sebulan)

anakkhas tekad akan teruskan juga projek ini untuk anak-anak pendidikan khas . biar Allah je yang tentukan kejayaan usaha ini. anakkhas yakin dan aku akan usahakan dengan sepenuh hati. Mana mungkin kejayaan datang bergolek InsyaAllah. Rakan2 pembaca kalau tak mampu nak sokong dari segi kewangan pun doakan kejayaan projek ini yer... wang bukan segala2nya.. doakan semangat aku tak mati bila didatangi masalah kerana pasti ada cabaran yang bakal aku hadapi. dah nasib bila kita perlukan bantuan pasti semua lari dan yang tinggal hanya kita dan Allah....

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

blogger templates | Make Money Online