assalammualikom...
PPKI SKPU3 kini telah memulakan siri baru projek pertanian. Cara semaian dan teknik tanaman juga akan di perbaharui. perancangannya anakkhas taknak menggunakan tanah dan tidak lagi menggunakan benih cili siam kerana hasilnya tidaklah menguntungkan. Cili masak 568 menjadi pilihan anakkhas pada edisi 2010 ini.

Gambar bahan semaian yang digunakan untuk projek tahun ini, namanya "peat moss"

Peat moss dimasukan didalam tray semaian sehingga penuh . Setiap tray mampu menampung sebanyak 104 anak pokok.

Semuanya ada lebih kurang 300 biji benih telah disemai dan mungkin hanya akan dibuang kerana sistem belum siap tapi anakkhas akan cuba menyediakan kemudahan yang diperlukan secepat mungkin... aduh terasa sakit2 badan bila fikir nak cari peruntukan nie.... benih percubaan ini akan digunakan untuk pnp biasa kepada murid....

biji benih direndam semalaman dengan air suam dan diletakan di dalam tray semaian sebelum dibenamkan kedalam peat moss.(Arifudin nie pasti mampu berkerja jika dilatih dan diberi peluang sewajarnya)

Gambar menunjukan anak pokok kini telah bercambah setelah 1 minggu di semai... anakkhas akan mula mencari dana untuk membina sistem fertigasi di sekolah... RM5000 diperlukan.. manamungkin ada yang mahu memberi wang sebanyak itu.... kalau udah terdesak mungkin ASB akan menjadi sasaran....
5 comments:
kami masih meneliti untuk melaksanakan projek seperti ini pada tahun hadapan insyaallah...
nanti bolehlah saya dapatkan info dari cikgu yer..:)
"sharing is caring"
bestnya...boleh buat sendiri kat rumah ker? :-)
assalammualaikom...
taman bunga raya... boleh no hal nota akan dimasukan dalam perkongsian infomasi di himpunan bloh pendidikan khas dan website anakkhas.com
syahida..... boleh sangat ...ia dipanggil set mini.... apapun saya masih baru sangat apa pun belum mula....
assalamualaikom kawan
semoga projek hang berjaya kali ni.... aku punya kebun ada cabaran skit..... InsyaAllah lepas cuti rancang semula strategi haha
tq leman....bila nak balik putrajaya?
Post a Comment