assalammualaikom/salam sejahtera.
Minggu persekolahan ini anakkhas banyak habiskan masa rehat di kebun. membersihkan kawasa dan menambak kawasan yang berlopak. Waktu kemahiran hidup pula murid banyak melakukan aktiviti persediaan projek fertigasi seperti menyediakan micro tubing. Banyak sangat rasa benda yang perlu dilakukan... duit pun diperlukan juga.. oh ye terlupa nak ucapkan terima kasih kepada rakan ankkhas yang namanya tak dapat nak dinyatakan di sini kerana sudi dan yakin untuk meminjamkan modal sebanyak RM1500 sebagai permulaan. banyak tu RM1500 ,dan beliau dah janji nak tambah lagi 1500 jika sekolah belum keluarkan bujet. tu pun rasanya belum cukup. Beliau sangat yakin projek ini akan berjaya... Terima kasih sangat2 sebab bukan saja membantu dari segi kewangan malah turut memberikan sokongan dan galakan.

Kawasan di atas adalah tempat dimana tagki akan diletakan . kerja2 pemasangan bumbung perlu dilakukan dalam masa terdekat. anakkhas rasa nak guna bumbung plastik ja dulu sebab nak jimat kos... ntah bila peruntukan sekolah boleh dapat...

Kawasan ini anakkhas namakan tapak "B" yang boleh memuatkan sebanyak 260pokok bila projek bermula kelak. Sejarahnya tapak nie nak dijadikan taman sains oleh gpk koko tapi anakkhas mintak untuk jalankan fertigasi dan mendapat restunya...penambakan sedang dijalankan dan akan siap tidak lama lagi...

Seterusnya tapak "A" yang boleh memuatkan sebanyak 360 pokok. Dulunya anakkhas tanam bendi dan cili menggunakan kaedah batas tapi tak berbaloi hasilnya. Banyak pokok2 yang di korbankan di kawasan ini dan banyak juga lopak2 yang perlu di timbus... Letih la ratakan tanah nie harapnya anakkhas mampu buat...

Akhir sekali pondok kemahiran hidup. anakkhas cadang nak ubah suai sikit untuk dijadikan tapak semaian. kena fikirkan cara paling jimat untuk jayakannya. letih la rasa banyak sangat kerja kena buat dan tak cukut dua tangan ja nak buat semua benda... harapnya ada la insan2 yang tergerak hatinya untuk membantu... nak mintak tolong anakkhas tak sanggup sebab kerja nie bukan kerja ringan , bukan semua sanggup buat... biarlah susah dulu .... dengan harapan senang kemudian... anakkhas ada juga dapat bantuan dari tukang kebun sekolah bila dia ada masa, kerja dia pun berlambak... tapi yang pasti wak tu akan kerja dengan anakkhas bila mula projek ini nanti...
0 comments:
Post a Comment