Anakkhas Blogspot VVIP

Monday, March 22, 2010

Selamat Hari lahir Arina

Dalam tak sedar Arina kini dah berusia 3 tahun.. Dah besar anak abah. Anakkhas tak pernah sambut hari lahir, maka anakkhas juga tak merancang untuk adakan sambutan untuk hari lahir anak. Tapi tahun ini kebetulan hari lahir arina jatuh pada tarikh cuti sekolah dan kami berada di kampung. Mak n bapak saudara arina diam2 merancang satu majlis yang sederhana untuk arina. Disambut bersama keluarga. Bila anakkhas tengok bertapa gembiranya arina pada majlis tersebut, terdetik pula untuk adakan majlis untuknya.. Mungkin anakkhas boleh minta cikgu di playschoolnya tolong aturkan sedikit majlis di sekolahnya nanti. Mesti arina akan lebih gembira menyambutnya bersama rakan di sekolah. Sediakan makanan dan kek serahkan pada cikgu... atau nak adakan di rumah? sambut bersama saudara mara... ntahla... mungkin lebih elok adakan sedikit majlis kesyukuran di rumah kan? apapun terima kasih kepada kak Not,Pak anjang,abg mi,abg nan,kak Ani, Tok dan Wan kerana adakan majlis untuk arina di kampung. Bersinar2 senyuman arina pada malam tersebut.....

Senyuman arina cukup membahagiakan.. Abah ucapkan Selamat Hari Lahir sayang semoga sepanjang 3 tahun kita bersama dan tahun2 yang mendatang membawa kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kehidupanmu anakku...
Mulanya arina agak terkejut tapi bila dah mulakan majlis dialah yang paling gembira.. Abah bersyukur Arina hadir dalam hidup abah.......


3 comments:

Antonio Jose Pereira Costa said...

Para ti que este aniversário que se repita por muitos anos em companhia dos teus familiares. Saúde e Paz.

amirah said...

selamat hari lahir arina
semoga ceria n sehat selalu :)

cikghee said...

mak engku ucapkan hapy birthday arina..love u..chayang...

Blog Widget by LinkWithin
 

blogger templates | Make Money Online