Anakkhas Blogspot VVIP

Thursday, April 22, 2010

Engkau bukan yang pertama tetapi hampir pasti yang terakhir

Assalammualaikom.....
Lama tak borak2 kosong di blog , harinie Anakkhas nak gebang2 sikit tentang sejarah silam...
dulu sebelum termimpi untuk memiliki 2 buah kereta sendiri Anakkhas cuma ada sebuah motosikal kriss 110cc. Yang pertama no pendaftaranya kriss1984. Namun jodoh kami tak lama bila kami bersama2 merempuh belakang sebuah MPV yang berhenti di selekoh jalan. Anakkhas patah 3 di bahagian kaki kiri dan motor ini menemui ajalnya di situ bila remuk teruk dibelakang kenderaan yang dirempunya.(mungkin kerana tidak mendapat restu ibu yang melarang Anakkhas mengubah suai enjin dan sistem ekzosnya). Yang pergi tak mungkin kembali dan Anakkhas kembali meneruskan kehidupan dengan motorsikal yang baru dan tetap dari model yang sama iaitu kriss 110cc yang kini bernombor pendaftaran pes9348.

Begitulah kehidupan , yang patah tumbuh dan yang hilang pasti berganti. Walaupun jodoh kami hingga ke hari ini tetapi pes selalu diabaikan bila Anakkhas telah memiliki sebuah kereta. Alasanya adalah faktor keselamatan kerana selalu mengalami kemalangan ketika memboncengnya(padahal sebab lalai) . Setelah beberapa tahun ditinggalkan dan diabaikan namun pes tidak pernah menghampakan Ankkhas bila diperlukan, Model tahun 2000 ini tidak pernah rosak dan sentiasa bersedia untuk bersama Anakkhas.
Hari ini dalam sejarah bila Anakkhas kembali memboncengnya ke sekolah untuk menguruskan projek fertigasi. Keadaanya masih elok, cuma beberapa masalah kecil seperti minyak enjin yang kering dan sistem brek yang perlu ditukar. Pes terlalu banyak menyimpa kenangan suka duka dalam kehidupan Anakkhas. Beberapa orang kekasih hati hinggalah isteri sekarang pernah memboncengnya(isteri tak tahu berapa orang). Anakkhas bercadang hendak terus memboncengnya ke tempat kerja kerana jarak tempat kerja dengan rumah sekarang terlalu dekat dan agak membazir jika memandu kereta. Semoga kami akan kembali bahagia bersama dan selamat di jalanraya. Biarlah memori bersama Pes kekal selamanya menjadi sejarah dan rahsia antara kami.....(Roodtex dah mati tapi kira boleh la sebab dekat)

6 comments:

a kl citizen said...

berbahagialah PES kini ya...

Anakkhas said...

ha..ha kak citizen...insyaAllah...

Werdah said...

Salam Anakkhas.

Mudah2an bahagia semuanya ya! Alhamdulillah.

qaseh mas said...

salam chegu
bawa motor baik2 tau
semoga selamat semuanya..

cikghee said...

sentimental value tu....mak engku ada gak motor tapi dah bagi jiran...jiran masalah kewangan dia jual motor tu....sedih...............
RZ...jasamu tetap kuingati....

Anakkhas said...

rz? orang perlis la nie...

Blog Widget by LinkWithin
 

blogger templates | Make Money Online