Anakkhas Blogspot VVIP

Saturday, April 3, 2010

Pemasangan Silver Shine hari ke dua

Assalammualaikom...

Penatnya harinie... Anakkhas fikirkan kerja ini mudah rupanya peh,ngeh,ceh bukan main penatnya... bengkak jari lebam tapak tangan sampai nak genggam pun sakit. tapi alhamdulilah selesai di tapak B dan sebahagian di tapak A. Tapak A tak siap 30% je lagi sebab dawai klipnya habis. hampir 5 kg dawai pun masih tak cukup. Kebetulan harinie ada gotong-royong di sekolah.. maka ramailah umat di sana... ada juga yang berbunyi Anakkhas sengaja pilih hari ini untuk buat kerja sebab nak menunjuk rajin... Allah sakit juga hulu jantung nie.Tapi fikirkan balik mulut manusia begitulah... Ini baru permulaan projek, nanti bila dah mula ntah apa la nasib Anakkhas...Apa yang nak dibanggakan kerja baru bermula 10%, kalau menunjuk pun kenapa? ada yang nak bagi duit RM5ooo yang anakkhas perlukan?. ada lagi yang datang ajak wak pergi buat kerja lain ...ah! terkejut wak dan terus memandang Anakkhas..."Saya bayar wak kerja dengan saya akak.." Anakkhas menghalang... "Berapa ko bayar biar akak bayar" aduh pedihnya jiwa..tak tahu nilai keadaan ke manusia2 di sekelilingku ini? Kalau ada yang baca pos yang lepas Anakkhas puas memujuk wak untuk kerja dengan pelbagai helah... tapi tak mengapalah mungkin mereka nampak kerja yang Anakkhas buat nie mudah... Hampar aja apa susah... Yang penting kerja kami selesai dengan aman pada jam 5 petang bermula 9 pagi... Baki 30% anakkhas selesaikan sendiri nanti... Bayar wak RM30 dan bonus bila ada hasil nanti,,,Esok Ahad nak pergi beli barang Fertigasi...

Tapak B yang siap 100%

Klip dipasang pada setiap penyambung hamparan silver shine. Panas plastik nie bila kena pancaran matahari...

Klip yang dibuat menggunakan dawai. Betul bengkak jari dan lebam tapak tangan sebab guna pemotong kecil... kalau ditakdirkan ada projek lebih besar , biar berhabis beli pemotong yang besar.

Banyak yang diperlukan dawai seberat 5 kg dipotong sepanjang 4 inci dan dibengkokkan.



Tapak A yang masih belum siap. Baru perasan tapak ini saiznya perbeza jadi terpaksalah ubah sikit pipe utamanya nanti .Dan banyak alatan yang perlu ditambah...proses pengiraan perlu dilakukan semula...Pengalaman ini mungkin akan menjadi kenangan manis sepanjang hidupku bergelar guru pendidikan khas.... Kepada rakan2 guru percayalah niatku bukan untuk menunjuk tapi untuk PPKI muridku...
"Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa"

2 comments:

Nia Agrotech said...

tahniah dan biasa la tu..orang kata setitik peluh petani nie amat berharga dan bermakna..teruskan usaha murni anda tu..satu lagi, kalau nak senang pasang silvershine tu, pakai jer paku atap yang 2.5", guna hammer ketuk jer dalam tanah..macam buat paku bumi tu..senang dan tak menyakitkan tangan..tima kasih

Anakkhas said...

tq sifu... teruskan ikuti perkembangan kami dan terus berikan nasihat...

Blog Widget by LinkWithin
 

blogger templates | Make Money Online