Anakkhas Blogspot VVIP

Friday, April 2, 2010

Pembinaan pondok operasi untuk projek fertigasi cili

Assalammualaikom...
Minggu lepas 27.3.2010 Anakkhas telah mula mencari bahan untuk pembinaan pondok operasi projek fertigasi. Pondok yang agak luas diperlukan bagi meletakan tangki air dan pam. Kayu dan papan terpakai menjadi pilihan kerana harganya yang sedikit murah dari kayu baru.. lagipun kayu terpakai nie ada nilai klasik untuk pembinaan pondok...(jimat kos yang lebih tepat) ikuti laporan lanjut...

Kayu terpakai nie harganya RM 1 sekaki..agak mahal jika dibandingkan dengan kayu baru dalam anggaran RM1.45-1.60 sekaki, tapi kalau nak pakai banyak2 kaki dah tentu mahal kan.. bukan apa Anakkhas cuba jimatkan seberapa banyak yang boleh untuk membeli alatan lain... bantuan yang diharapkan tak kunjung tiba....
Kelemahan kayu terpakai adalah... banyak yang bengkok, jadi kena pilih la betul2.

plywood terpakai dengan harga Rm 14 sekeping.. harga pasaran Rm40 (tebal nie). harganya cukup berbaloi jika dibandingkan dengan harga kedai. Lagipun macam baru kan?



Kayu yang dibeli telah selamat tiba... letih beli bahan terpakai sebab banyak kerja .. nak pilih.... nak ukur... he.he paliang penting nak jimat... Bumbung Anakkhas tak beli sebab mahal sangat mahu RM1000 pun tak cukup . Bumbung lama yang ada di tepi2 pagar dikutip dan dijadikan tempat berteduh sementara....(sedih nya macam nak panggil bersamamu datang)


Gambar atas dan bawah:- proses pembinaan rangka memakan masa setengah hari.Anakkhas jadi kontaraktor jer... pantau dari jauh... Kasar kerjanya dan kurang kemas...malas nak cakap banyak sebab Anakkhas nak cepat siap, supaya kos upahnya tidak terlalu tinggi...

Pondok lama yang ppki gunakan adalah bekas reban arnab. Keadaan bumbung yang terlalu rendah dan struktur kayu yang dimakan anai2 memaksa ianya dirombak semula...


Gambar kerja2 akhir pondok. keadaanya agak daif jika dilihat tetapi pasti lebih selesa dari yang lama. pondok hanya 80 % siap kerana kekurangan bahan binaan. Upah pekerja indonesia ini adalah RM200... mahal jugak kan? tapi apa nak buat kalau ankkhas nak buat sendiri entah bila akan siap, walaupun ada pengalaman membina pondok dusun di kampung... he..he inilah bilik operasiku yang baru... tidak berpintu... jumlah kos keseluruhan termasuk upah (tak termasuk minyak dan makan pekerja) ialah RM 650...

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

blogger templates | Make Money Online