Assalammualaikom.../Salam Sejahtera.....
Dua minggu tak dapat nak pedulikan blog sebab terlalu letih bila pulang kerumah... dengan kerja2 rumah yang banyak tertangguh maka terbatal lah niat untuk update blog nie... Alhamdulilah segala perancangan berjaya dilaksanakan dalam minggu2 ini. Macam2 masalah dan halangan muncul tetapi dapat diatasi dengan bantuan dari beberapa rakan guru dan bukan guru yang membantu. Berikut serbaringkas sedikit aktiviti penting yang telah berjaya dilaksanakan dalam minggu2 sudah... banyak lagi sebenarnya tetapi tak semua dapat dimuatkan pada kali ini...

Kerangka rumah semaian siap dibina dengan jayanya... dengan kos yang ada ini dah dikira cun sangat-sangat.

Pondok semaian yang telah siap dibalut dengan jaring nyamuk dan net hitam. Jaring nyamuk di gunakan untuk mengelak dari serangan mahkluk perosak seperti belalang dan ulat2 musuh tanaman.

Biji benih cili 568 direndam semalaman dengan air suam bagi memudahkan proses percambahan.

Proses semaian biji benih didalam tray semaian.(gambar proses memasukan biji benih tak sempat diambil kerana sibuk mengejar masa)

Tray semaian yang telah diisi peat moss dan biji benih disusun didalam rumah semaian.

Tray semaian yang telah siap disiram dan ditutup selama 3 hari sebelum dibuka.

Anak pokok yang berusia seminggu.Hampir kesemua biji benih yang disemai bercambah sekata dan kelihatan sihat.
0 comments:
Post a Comment