Assalammualaikom...
Tak banyak yang dapat diceritakan tentang perkembangan projek fertigasi yang diusahakan sekarang kerana segalanya masih di peringkat persiapan. Apapun di sini Anakkhas teringin nak berkongsi tentang keadaan pondok yang anakkhas bina untuk projek ini. Walaupun ianya dibina dengan kos yang rendah dan kelihatan sangat buruk tetapi ianya sangat selesa bagi Anakkhas dalam menjalankan projek ini.

Selain dari menjadi pusat operasi dan tempat meletakan tangki baja ia juga menjadi tempat istirehat dan sosial Anakkhas. Masa terluang di sekolah banyak dihabiskan di sini sambil menjalankan persiapan untuk projek fertigasi. Gambar di atas adalah rakan2 yang menjadi nadi penggerak yang membantu Anakkhas menjayakan apa yang dirancang untuk projek ini. Gambar ini diambil selepas kami selesai menjalankan kerja harian penyediaan midium penanaman fertigasi . Anakkhas kenalkan, yang bertopi Ustaz Aizam (guru agama ) baju merah ialah cikgu Jime (guru aliran perdana) dan yang bercermin mata adalah Akmal Mirwana (guru PPKI). Tiada ucapan yang mampu menggambarkan betapa pertolongan mereka sangat di hargai... Terima kasih sahabat... Juga jutaan terima kasih kepada sahabat yang meminjamkan Anakkhas modal untuk menjalankan Projek cili fertigasi ini.

Gambar sistem tangki yang telah siap dipasang dan menunggu masa untuk beroperasi.

Meja pengurusan. Meja ini dikutip dari stor buangan alatan sekolah yang rosak. Nampak cantik dalam gambarkan? kerusi juga telah patah sebenarnya tapi masih boleh digunakan buat sementara. Yang penting di sini ialah ada sambungan elektrik dan kemudahan internet..he..he

Alat penetapan masa,kipas dan soket elektrik adalah kemudahan yang paling perlu di sini. Kipas,wayar,soket dan lampu adalah sumbangan Akmal Mirwana. Rm300 jugak kosnya...

Beberapa alatan tangan yang ada untuk kegunaan murid. Beberapa alatan lagi akan ditambah untuk memudahkan proses Pnp kelak. Setakat ini Kemudahan yang ada cukup mengikut keperluan semasa.... Yang penting kini adalah perjalanan projek mesti berjalan mengikut perancangan... kepada pembaca yang mengikuti perkembangan projek ini Anakkhas mengharapkan doa anda bagi melancarkan pelaksanaanya...
2 comments:
wahh...hebatlah projek cikgu azrin ni...caiyok caiyok...kami lum berdaya nak buat projek besau besau..setakat ni kami dah buat projek penyangkut kunci,tabung buluh, potpouri n berkebun kecil kecilan...skrg ni tgh siapkan penanda buku hasil seni murid2 plak..cadangnya semua2 ni nak buat jual...
assalammualaikom...
kecil ke besar ke kita kena buat ikut kemampuan dan seharusnya iklas.... semoga cikgu berjaya dalam semua projek yang dirancang... bagus semua projek cikgu tu rasanya saya tak mampu buat... kita kongsi ilmu k.
Post a Comment