Assalammualaikom...
Hari jumaat 30.4.2010, macam biasa sebelah petang selepas jumaat adalah waktu paling sedap tidur. Set jam kul 3.30 untuk ke sekolah nak siapkan kerja2 yang tertangguh pagi tadi di sekolah... akhirnya macam biasa juga aku dihanyutkan oleh mimpi2 indah... Tersedar jam 4..dan bangun dengan tergesa untuk makan dan mandi... ntah apa yang bermain di fikiran aku duduk termenung dan tidak meneruskan hajat untuk ke sekolah...aku terus dihanyutkan oleh menungku (macam budak autisma)... tiba2 datang semangat untuk ke sekolah,dalam fikiran dah terbayang2 kerja yang hendak dilaksanakan... tengok jam dah 5.30 alamak dah lewat nie... nak naik moto ke nak naik kereta? ha benda nie pun jadi masalah harinie... tengok langit ok jer..naik moto lah...bila dah ambil kunci motor ubah fikiran lagi ...Akhirnya naik kereta... dah sampai simpang jalan taman terfikir pulak nak keluarkan duit sebab dalam poket ada 4 ringgit jer nie...terus belok kanan dan menghala ke jalan besar...Sambil memandu aku capai hf nak call ustaz ntah apa dia buat di sekolah. Tiba2 nampak 4 orang polis di tepi jalan ,terus campak hf ke kerusi sebelah dan pakai tali pinggang keledar... habis laa aku kalau polis nampak nie... sampai jer berhampiran polis nampak ada sorang mamat terbaring di tepi jalan... "sah peragut kena hentak nie" dalam hati. Tapi bila di tenung betul2 "alamak budak down apa dia buat nie" hampir menjerit dalam hati... tangan terus menarik tombol memberi isyarat ke kanan ..kaki terus menekan brek , dah tak boleh elak lagi aku mesti ambil tahu....

"Assalammualikom encik" sambil menghulur tangan pada empat orang anggota polis. "assalammualaikom" sekali lagi salam diberikan pada budak down yang terbaring sambil tangan dihulurkan kepadanya , tangan dicapai dan dicium agak lama... "kenapa nie emcik?" kemalangan ke? soalan kepada polis. "tak kami jumpa budak nie terbaring kat sini"jawab polis A. "suruh bangun tak bangun dia" tambah polis B. Aku toleh pada budak down yang terbaring tadi "Dah bangun jangan buat hal"aku bagi arahan "baik" jawabnya sambil bangun dan duduk. "kenapa nie buat apa kat sini?" "akit antong" jawab sambil menggosok dada kanan. Snep aku ambil gambar dia.. "Rumah kat mana?" soal lagi.. "ombak, alan teus cane" jawabnya... Polis ketawa "dia kata rumahnya di gombak"sambung polis tadi. Ha sudah "macam mana boleh sampai sini?" soal aku lagi..."aik eta awak,eta eden" sambil tangan menunjukan seolah2 memandu dan kemalangan kereta."kenal cikgu Siti Markhamah?" (Penyelaras sekolah menengah pendidikan khas) "enal" jawabnya... "nama apa?" "ohan" jawab pendek.."johan"? dia angguk... dipendekkan cerita ada sebuah morosikal yang dibonceng oleh pasangan india pula berhenti..." encik saya pernah nampak nie, dia tinggal dekat degan pasaraya hijau puchong, Cuba tanya orang sana mungkin tahu" ...Oleh kerana polis juga membonceng motosikal jadi aku pun ambil keputusan untuk membantu membawa budak Johan nie pulang ke rumah....

Dalam kereta dia terbaring di belakang... "boleh cikgu ambil gambar lagi?" Johan terus bangun dan duduk sambil menjawab "boleh" snep sekeping lagi gambar diambil. Aku terus menekan hf mencari no akak siti markhamah untuk bertanya tentang Johan nie manalah tahu betul si Johan nie anak muridnya, alamak no pulak takde mana aku simpan. Sampai di simpang dekat pasaraya hijau Johan tepuk bahu aku "benti2 nak minum" sambil menunjukan tangan ke gerai di tepi jalan... Aku berhenti di gerai yang ditunjuknya dan polis juga turut berhenti di situ. Johan terus duduk dan meminta minuman. Sambil dia minum pihak polis sibuk bertanya pada orang ramai yang ada di situ yang mungkin mengenali Johan....Malangnya tak de yang kenal.... seorang pak cik bertanya nama johan..."Mawi" jawabnya selamber. Alamak Mawi la pulak... "cikgu gi alik ,anti aye alik aik eksi" kata johan "agi uit aye alik aik eksi" Mawi mintak duit pada aku, katanya nanti dia balik naik teksi sambil menggeselkan jari ibu dan jari telunjuk ... hu..hu bukan main dia nie... Aku call Cikgu Suraya mintak no cikgu siti. setelah dimaklumkan cikgu siti minta aku hantarkan gambar... Sambil menunggu maklum balas dari akak markhamah tiba2 datang seorang lelaki mengaku mengenali Mawi dan sanggup menghantarnya pulang. Mawi memeluk lelaki yang mengaku mengenalinya tadi ..... fuhh selamat budak mawi nie pulang...jauh dia jalan, hampir 6 km dari rumahnya jika menurut maklumat yang aku terima dari lelaki jirannya tadi... Setelah bersalaman bersama anggota polis dan mengucapkan terima kasih antara satu samalain kamipun bersurai...
dari maklumat yang diberikan pada akak Siti tadi, dia menyatakan yang Mawi bukan muridnya. Tapi yang penting sekarang Mawi atau Johan telah selamat dihantar ke rumah oleh jirannya... rupanya apa yang berlaku hari ini di rumah tadi telah menemukan aku dengan mawi.......... takdir kan? ...Sebenarnya bila kita sudah terlibat dengan budak OKU nie hati kita telah terikat dengan mereka... mana saja kita pergi kita akan ambil tahu tentang mereka. Kita juga akan mudah memahami mereka dan mudah berdamping mereka... jika difikirkan banyak pengajaran dari cerita hari ini...banyak juga yang dibualkan dengan anggota polis tadi tapi takdapat nak diceritakan semua... Semoga mawi selamat sampai dan kejadian seperti ini tidak berulang... semoga kita dapat bertemu lagi Mawi..he..he
11 comments:
Salam Anakkhas.
Alhamdulillah. Benarlah tu, Allah je yang Tahu, kita tak mengaeathuinya.
Tahniah....Allah maha mengetahui apa yg berlaku dan kenapa ianya berlaku...
Kita hanya mengikut sunatullahnya dgn cara yg terbaik..........amin...
sy nk jumpa mawi gk.....hihihi:P
assalammualaikom...
betul2 kita merancang dan Allah yang tentukan yang terbaik....
ustaz aizam aura mawi tu memang power sampai budak down pun ingat nama dia....
Cikgu dah buat yg termampu utk bantu dia..
Allah maha mengetahui.... tengok post hang teringat pulak kat adik aku yg sindrom down tu..
assalammualaikom...
terima kasih pada semua yang meninggalkan jejak,sepatah dua kata dan pandangan... leman jaga adik yag istimewa tu elok2 dia menumpang ja di dunia sebab syurga menanti mereka...
salam ziarah
sangat menarik perkongsian disini
izinkan sya link ye..
tqvm
salam cikgu;
Tahniah.alhamdulillah.izinkan saya copy pengalaman cikgu ini di blog saya?
"Sebenarnya bila kita sudah terlibat dengan budak OKU nie hati kita telah terikat dengan mereka... mana saja kita pergi kita akan ambil tahu tentang mereka. Kita juga akan mudah memahami mereka dan mudah berdamping mereka..."
benar kenyataan cikgu ini.saya sendiri bagai dah fall in love dgn mereka,walaupun tak sepenuh masa bersama mereka,namun pengalaman semasa bertugas di sebuah sekolah semasa belum berumahtangga dan terlibat dengan masalah2 mereka, membuatkan saya ingin dekat dgn mereka.
syukurlah 2 tahun lepas sekali lagi saya berpeluang berinteraksi bersama mereka. bahkan mereka sangat membantu saya yang sukar bergerak.
assalammualaikom..
silakan apa saja boleh dikongsi di sini Ummu
kesian si Johan Mawi ni ya... mesti mak bapaknya risau kat rumah
Post a Comment