Anakkhas Blogspot VVIP

Sunday, August 1, 2010

Cili dah merah ....Syukur Pada Allah...

Assalammualikom..
Dah lama tak bertemu rakan2 di blog.Bukan sembunyikan diri tapi keadaan keluarga dan masa yang tidak mengizinkan. Dalam 2 minggu kebelakangan ini pelbagai kisah suka duka telah menimpa keluarga Anakkhas... Antaranya adalah kematian bapa mertua Anakkhas disebabkan penyakit bengkak hati, anak2 yang dijangkiti penyakit kaki tangan dan mulut diikuti dengan cacar air secara berturut dan kehilangan motor kesayangan PES 9348 (pernah dipaparkan di blog ini). Selain itu ada juga berita gembira iaitu, anakkhas ada pulang ke kampung untuk mengucapkan selamat jalan kepada ibu dan ayah yang akan mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan ini dan antara yang anakkhas paling suka ialah cili Anakkhas dah mula merah.....
Pokok Cili diatas bernilai RM 25. berbaloi2 dengan jumlah hasilnya. barangsiapa yang berminat datanglah ke tapak projek kami di SK Puchong Utama 3.

Cili Pertama yang mula merah telah dirakamkan untuk dikongsi dengan rakan2 pembaca. Semoga permulaan ini menjadi pencetus semangat untuk menjayakan projek Fertigasi sekaligus membantu dalam kos penyediaan kelengkapan pendidikan yang sesuai dengan murid PPKI.

Antara hasil yang telah dituai. Hasil dalam gambar di atas dituai oleh Cikgu Akmal bagi memenuhi tempahan majlis kenduri kesyukuran PK HEM. Banyak juga hasil yang rosak kerana disengat lalat buah tapi jumlahnya tidaklah membimbangkan setakat ini. Masalah lalat ini akan diketengahkan dalam isu akan datang.


2 kilo cili merah dan hijau siap dibungkus dan ditimbang. Hasil buat permulaan dalam lingkungan 1-3 kilo dan bakal mencecah 50kg ke atas dalam waktu puncak pengeluaran. Agak menggusarkan kerana musim hujan telah menyebabkan pokok tumbang dan dahan pokok patah. Besi pancang telah dibeli namun modal yang ada tidak membenarkan ianya dipasang dengan sempurna. Mudah2han ada rezeki untuk sempurnakan lagi projek cili fertigasi ini.




4 comments:

Werdah said...

Salam Anakkhas.

Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun. Semoga tabah menghadapi segala masalah.

Tentang cili dan kepergian ibu ayah untuk umrah.. kak ucapkan tahniah.

Syahida said...

Salam AnakKhas,
Wah...bangganya tengok cili2 tu :-)

Anakkhas said...

assalammualikom...

terima kasih kak werdah dan syahida semoga projek ini berjaya mencapai matlamatnya...

Anakkhas bangga dengan usaha ibu dah ayah.. 6 tahun sudah mereka telah menunaikan haji dalam usia 70an dan kini usia telah mencecah 80an mereka masih tetap berusaha untuk pergi mengerjakan umrah. Kedua2nya hanyalah penoreh getah di kampung.

Anonymous said...

..dugaan silih berganti..selagi nyawa dikandung badan...selagi hayat dunia masih bersisa..apapun "pilihlah bagaimana cara kamu ingin hidup...tetapi ingatlah kamu tetap akan mati...sayangilah siapa atau apa sahaja sepenuh jiwa kamu...tetapi ingat lah kamu akan tetap meninggalkan mereka pada suatu ketika nanti"....semoga kalian semua akan istiqamah dalam keimanan...wallahu'alam..

Blog Widget by LinkWithin
 

blogger templates | Make Money Online