Assalammualaikom...

Hasil ini dikumpulkan selama 3 hari. 4kg (purata sehari 1kg) Cili ini telah dijual disekolah sendiri oleh murid PPKI yang telah dilatih untuk menjual dan mengira duit. Murid sangat seronok memasarkan hasil usaha mereka bersama guru PPKI.

Ini adalah hasil yang dikumpulkan pada 5hb ogos. Hasil semakin meningkat dari hari ke hari. (3kg sehari)

Hasil akan direndam dan dicuci sebelum dibugkus dan dipasarkan.

Buat sementara ini beginilah rupanya cili selepas dibungkus dan dilabelkan.Setiap bungkusan seberat 200g dan dijual dengan harga RM3. lebih untung dipasarkan sendiri dengan kadar pendapatan RM15 per kg. Harga borong ialah RM10 per kg.

Cili yang siap dibungkus dan dilabelkan ini akan dipasarkan ke sekolah jiran SKPU1. (semasa post ini dibuat cili ini telah dijual. Dari 20 bungkusan sebanyak 13 bungkusan telah dijual. Bakinya akan dicampurkan dengan hasil pada 6 ogos dan dibawa ke pasar pagi puchong indah pada hari sabtu dan ahad.)
3 comments:
syoknya tgk hasil cili yang lumayan tu...ni hasil daripada berapa batang pokok?
assalammualaikom...
ada 900 batang. boleh sampai 50kg sekali kutip mungkin pada waktu puncak pengeluaran... musim akan datang nak tanam 1000 pokok lak...
segarnye...geram tengok cili2 tu.. syukurla ye..hasilnya dah dikecapi. Sbb tu org kata usaha tangga kejayaan kan..
Post a Comment