Anakkhas Blogspot VVIP

Saturday, October 1, 2011

Titik pertemuan

Assalamualaikum...

Setelah beberapa bulan tidak membuat apa2 pos di blog kini tugasan PJJ UPSI telah menemukan aku dengan dunia blog. Mungkin inilah titik permulaannya.
Sekian lama tidak menulis, pos pertama ini aku terkejut jugak la bila banyak perubahan telah berlaku pada blogspot segala-galanya baru..... tapi walaupun baru blogspot masih mengekalkan ciri2 utamanya iaiyu lebih mudah dan santai berbanding website.

Minat pada blogspot mula berkurangan bila aku mula dekat penulisan website tetapi website juga tidak sehebat tarikan facebook yang cukup melalaikan hinggakan hanpir hilang minat dalam penulisan blog dan website. Blog lebih santai, website agak berfomat dan terikat dengan fakta manakala facebook sangat unik hingga mampu menjadi media yang menggantikan web dan blog.

Tugasan teknologi maklumat telah menetapkan setiap guru perlu memiliki blog sendiri dengan purata markah 30% (banyak tu).Sekarang segala ilmu blog yang aku belajar dari bloger2 mantap dan website yang aku belajar dari guru2 power akan bertemu, aplikasi facebook juga akan membantu melahirkan blog pendidikan yang mantap insyaAllah.

Akhirnya apa yang dikatan membazir oleh isteriku akan berguna juga he..he jangan aku kembali lalai di alam maya sudahlah bukan apa akau kalau dah masuk dalam dunia nie taknak akau balik ke dunia nyata.... dalam perancangan jangka panjang aku nak jadikan hobi senireka website sebagai sumber pendapatan sampingan sebabtulah dah beribu dilaburkan untuk pelbagai tujuan ini... InsyaAllah cuti sekolah nanti akan ku ke kedah untuk belajar lanjutan senireka website..

Antara pelaburan sepanjang zaman..

http://www.anakkhas.com (web pertama aku tapi dah macam2 tak kena akhirnya kembali pada bentuk asal dan tergendala atas sebab2 kesihatan dan peribadi RM100 setahun tapi website nie dah banyak berjasa sepanjang 3 tahun kelahiranya)

http://www.anakkhas.com.my (web syarikat Anakkhas Trading yang sebenarnya menggunakan teknik baru aku pelajari tapi masih tergendala juga panas2 tahik ayam he..he bukan apa tidak ada motivasi lah yang didengar buang masa dan membazir RM150 setahun)

http://www.web4my.com (ha..ha yang nie mahal RM540 setahun tapi belum buat apa2 pun bayar je... segalanya unlimited email sendiri dan macam)

http://anakkhas.blogspot.com (Blog aku nie la akan kembali aktif bersama blog pendidikan baru yang akan aku terbitkan inshaAllah)

http://bloganakkhas.blogspot.com (blog komuniti pendidikan khas.. agak berjaya tetapi aku yang tidak aktifnya huk..huk..huk maaf rakan bloger PPKI)


http://magicemperor.blogspot.com ( sangat berjaya aktif hingga kini cuma tiada pos terkini berbaloi2)

Terkini blog pendidikan yang aku fikirkan sebagai titik pertemuan ilmu akan dinamakan  ??????????????
boleh sesiapa cadangkan tajuk kepada aku?




0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

blogger templates | Make Money Online