Assalammualaikum
Tugasan semester 2 subjek penaksiran mahukan rakaman makro dan mikro tec. Semasa di maktap dulu semuanya disediakan oleh pensyarah, tetapi kini semuanya sendiri dah ler kelas tak ada langsung. Kamera masalah pertama yang dihadapi. aku ada kamera kecil canon tetapi batrinya walaupun dah tukar baru tetap akan mati selepas 1 minit digunakan jadi aku pinjam kamera sepupu ler nak beli mana nak cekau...
Malam semalam jumpa dia di UITM shah alam tempat dia belajar. Masa singgah makan anak aku 2 orang tidur dalam kereta dengan bangganya aku keluar dan kunci kereta dengan enjin dan kunci di dalamnya dan anak aku tak sedar2 walau dah puas ketuk dan goyang kereta depan kedai makan ramai gila orang malu ya Allah... ha..ha bla..bla...bla setelah ramai yang membantu sampai kemek-kemek kereta ada yang nak pecahkan cermin kereta,ada yang guna pembaris besi semua gagal.. tuhan yang tahu anak aku tak sedar tidur dalam kereta. Allah maha kuasa dtang satu hamba Allah ntah dari mana bersama dawai kecil membantu. 1,2,3,4,5 pap kunci terbuka peh bertepuk orang ramai apa nak kata... Allahamdulilah 2 jam usaha nasi dan oder semua tak makan aku dan isteri dah mati akal... Pengajaran...
Pagi tadi lepas dapat pelepasan kerja aku ke sekolah isteri bantu dia buat rakaman... fomad MOV HD ha..ha konon gambar cantik alaih2 nak masuk cd pun tak muat nak edit lagi a... aku bukan pandai tahu guna move maker ja, fomat tu tak dapat nak dibaca pulak waaaa nak nangis dan sampai sekarang jam 1 pagi akau masih terkial2 mencari jalan.... ada masa aku masukan gambar suasana cemas macam pertunjukan jual ubat jalanan semalam ketika anak aku terkunci dalam kereta atas kebijaksanaan abah kunci kereta... bengongggg.
Tuesday, October 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/tny_au_en_usoz_2.gif)




0 comments:
Post a Comment