Nak dikatakan tak bercuti langsung tipu la pulak kan? ada la masa untuk diri dan keluarga, mungkin pulang ke kampung,mungkin bercuti bersama keluarga, tak mustahil mungkin ada juga yang ambil kesempatan menambah pendapatan keluarga. Macam-macam boleh buat.... Masa bujang sempatlah saya merasa beberapa pekerjaan lain selain guru,seperti menjadi pembantu stor 7e,McD,pembantu kedai runcit,menjaja kecil2 jual buku terpakai,jual kerongsang,jual mop,jual macam2 sebab berniaga menerapkan keyakinan dalam pergaulan jika berminatlah. Masa berkeluarga segalanya pasti berubah,Masa pasti ditumpukan pada anak-anak dan rumahtangga...
Sebenarnya aku rindu sangat dengan kehidupan bujang he..he nak balik kampung tidur 2 bulan pun boleh,tambahan waktu mula berkerja dulu tanggungjawab pada sekolah pun berbeza. Sekarang tanggungjawab banyak dan tugas guru pun sebenarnya dah banyak berubah sejak 7 tahun akau masuk ke dunia guru ini. Biar aku cuba bahagikan kepada beberapa fasadari 7 tahun dengan 3 tahun setiap satu fasa. 3 tahun pertama (2005,2006,2007) dianggap sebagai guru baru jadi segala tugasan berbentuk pembantu atau menolong guru otai, jadi itulah masa belajar menjadi guru yang sebenar inilah keseronokan sebenar kerana aku sedang memerhati dan belajar (dimaktab pasti teori dan pandangan pada sekolah berbeza) . Tiga tahun berikutnya (fasa dua ,2008,2009,2010,) adalah tahun menjana idea he..he sebab aku dah mula dilantik menjadi ketua itu dan ketua ini, seronok beb sebab dulu orang buat kita ikut (apa lagi guru lama takbuat ini, tak buat itu, tak keretif cewahhh mulutttt... apa kata kita cuba buat..) kini kita pulak buat orang cuba ikut. Macam-macam nak buat tak fikir langsung tentang kemampuan he,,he kena getah...(cikgu berpengalaman hanya memerhati dan akan melaksanakan apa tugasan yang kita beri, mereka akan menasihat apa yang patut dan biar kita meneroka hakikat berkerja) akhirnya 3 tahun ini baru ku mengerti kenapa guru otai tak buat rupanya begini oooo rupanya begitu sebabnya... bukan mereka malas atau tak kreatif tapi diluar kemampuan individu bernama manusia.....(%$#%$#@#@$#!#@!) fasa 3 baru kita sedar tentang kemampuan diri dan apa pekara yang belum cukup pada diri bila kita tempuhi kejayaan dan kegagalan dalam kerjaya guru ini. (bahasa lembutnya baru sedar diri kau laober)
Kini aku dalam tempoh fasa tiga (2011,2012,2013) dan akan melangkah dalam tahun ke dua (2012). Tahun lalu aku agak terlalu pasif takde apa yang aku buat dalam tahun pertama fasa ketiga, sepatutnya aku bagainana????? takkan bila tahun dah berlalu bergini baru aku sedar banyak benda yang aku kesali!... aku nilai kembali kejayaan dan kegagalan fasa kedua tiga tahun banyak pekara yang aku buat tidak dirancang dengan teliti dan tidak mengikut kemampun diri, nakbuat yang mega2 sedangkan yang mini lebih baik dan berkesan, semua pekara nak buat sanpai tugas hakiki seorang guru (contoh utama *RM bukan duit.... cikgu je tahu benda nie he,,he) ntah ke mana pergi . Adakah fasa ketiga adalah tahun menyesali atau tahun refleksi??? Harap aku boleh menjadikannya tahun refleksi diri sesalan jangan berlebih dan betul2 menilai kemampuan untuk melangkah lebih jaya sebagai guru berpengalaman insyaAllah. Pujuk hati jangan terlalu meratap kegagalan yang telah berlalu pergi agar semangatku kembali.......
Megapa agak suram?? cuba lihat pos blog ku ini semuanya dalam 3 tahun fasa dua (08,09,10) semasa semangat berkobar2 bila masuk fasa 3 (11,12,13) apa jadi? semuanya terabai dan kacau bilau... tahun nie berapa pos yang aku buat untuk dibaggakan? jawapanya sampah...... , prestasi di sekolah? kesihatan? keceriaan? kenapa ??? banyak faktor kesuraman menyelubungi semoga ia cepat pergi aku tak mahu jadi guru seperti itu lagi.... faktor utama... sakit yang panjang dalam diri ^%^$&$@#!^&^$&%#&#&%$@!#@!#@ ( sakit beb dugaan Allah kifarah dosa silamku yang tak terhitung) hingga ku hilang jati diri ntah ke mana berlalu pergi ... atau mungkin faktor keluarga atau peribadi seperti ( $%^#@$@!#!#@! ) aku taknak ia berulang lagi. atau faktor kejutan dalam hidup bila fasa ke tiga baru aku sedar yang aku kini bapa kepada 3 anak (tahun depan 4 orang ooo he..he) dalam usia 25-29 tahun ada 4 manusia yang lekat dijiwa aku... kalu dulu contohnya demam hanya aku sendiri kini terpaksa mengharunginya 4 kali... he,,,he demam berganti tidur malam berganti2.... Duit?????? Gaji guru diploma alamak pekara yang tak aku jangka begini. (anak 3 beb yang senasib pasti memahami semua dekat2 rezeki kurniaanIlahi) Sebenarnya aku jadi takut dan risau tak tentu arah (tak patut pun sebenarnya)... fasa ini lah aku mula fikir membeli rumah (Alhamdulilah sempurna tidak mewah tapi cukup) dan keperluan2 lain kalau dulu pergi dan balik sekolah hati senang fikir kerja sahaja duit bukan masalah walau sedikit ku dapat (masa fasa 1,bujang). Tapi bila fasa 2 berlalu rupanya Rezeki itu Tuhan akan beri jangan tertekan tenang je berusaha dan tawakal ... aku berjaya setahun lagi bersama keluarga, dengan si isteri yang cukup sempurna perwatakanya kontra dengan ku yang sogol ini... dalam keluarga fasa tiga aku berjaya harungi. Cuma kerjaya guru pula bermula lain sekali aku terlalu sibuk dengan masalah diri (duit cukup ke untuk 3 anak ini, jadi bingung walaupun belum aku tempuhi) segalanya aku biar je berlalu sendiri aku memencil diri seperti kegagalan dalam fasa 2 kerjaya. Fasa 2 aku terlalu ghairah bermula hingga lupa aras kekuatan kelemahan diri akhirnya bila sedar aku jadi rendah diri rebah sendiri, kerana banyak kegagalan dari kejayaan yang aku harapkan , kejayaan yang hendak dibaggakan untuk membakar semangat tidak kekal hanya datang dan pergi . Kegagalan yang masih menghantui....
iklan
Bersambung...
Coretan ini hanya sedikit tentang diriku dari pandangan aku... coretan aku tidak menghina atau menidakkan mana-mana pihak (jika ada yang terasa) aku sekadar bermuhasabah dengan diri, perasaan, jiwa , akal yang rasional , dan kenyataan yang harus aku akui. Agar aku menjadi semakin kuat dalam mengharungi kehidupan di dunia sementara ini. Kegagalan yang aku maksutkan bukan kegagalan dalam program PPKI tetapi tetapan sasaran yang aku sediri labelkan sebagai gagal, kerana ketidak puasan hasil aku curahkan dalam kerjaya kerana aku lewa..... jika anda membaca terima kasih jadikan sempadan yang buruk itu, jika ada kebaikan kutip buat panduan agar anda tidak gagal seperti aku. Anda seharusnya menjalankan tanggungjawab memberi komen agar aku lebih nampak diri aku yang sebenar itu. Aku nilai aku mana mungkin tepat. Aku boleh juga tulis di sini aku bagus bangga dengan diriku dan aku cukup berjaya, segalanya aku sempurna he,,he tapi sebenarnya aku happppprakkkkk.
Terima kasih keluarga kecilku (pastinya dirimu isteriku dan anak2), terima kasih keluarga indukku ,terima kasih rakan-rakan hidupku, rakan sekerjaku PPKI terutamanya andalah hidupku juka tiada anda semua matilah hidupku..... Jika ada pembaca he..he dah lama tak buat pos ada pembaca ke? dah tu pos yang bosan tak sensasi, takpa la takdapun ucap juga terima kasih kerana sudi membaca buat lah sedikit komen nasihat, anda nilai anda hasinatilah diriku yang dahagakan nasihat dari pengalaman anda yang berpengalaman.......
Terima kasih....dari........ Anakkhas........untuk...kesuraman 2011....




![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/tny_au_en_usoz_2.gif)




0 comments:
Post a Comment